Senyum dan Positif

Dua perkara yang perlu ada untuk menceriakan hari anda.
Hari ni mula2 rasa macam tak berapa happy tapi bila difikirkan secara positif, selesai masalah.

Hari ni baru je dapat surat yg dinanti-nantikan,
Esok boleh proses kot, harap semuanya berjalan lancar.

Hari ni juga baru dapat nak buat posting baru kat blog,
baru boleh senyum dan ada kepuasan sikit..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Kalau boleh godek internet, layan FB, baca blog dan sebagainya masa kerja..jangan salahkan bos kalau tak dapat markah tinggi..ahaks
Bersyukurlah dengan penghargaan yang diberi.
*
*
*
kalau saya senyum, awak senyum sekali..

ramai yang nantikan 201020102010 malam ni...saya tunggu 21 lepas malam nanti. hehe...

20 Fakta Israel

Sekadar memanjang info...

Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

Hanis Zalikha: Mengelakkan hamil tanpa rela

Hanis Zalikha: Mengelakkan hamil tanpa rela

**sesuai untuk bacaan umum.

Drama dan Realiti

Dalam kehidupan seharian, kita tak pernah lari dari menghadapi atau melihat masalah. Realitinya, kebanyakkan cerita-cerita yang kira pernah lihat di kaca tv sebenarnya memang benar-benar terjadi. Hari ni je dah 2 kes masalah rumah tangga, sama la macam drama kat tv tu. Walaupun masih berstatus bujang, nasihat dan motivasi perlu gak aku bagi. Part ni yang agak susah, sebab kurang pengalaman tapi itu bukan isu sebab aku ada ramai kawan yang boleh bantu untuk khidmat nasihat.

Bila diperhatikan masalah2 mereka ni rasa nak tergelak tapi itulah realitinya kehidupan. Ada masa gembira dan ada masa berduka. Ada masa berkasih dan ada masa bermuncung. wahaha...

******** ********* *********

ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa..so; ikut suka kau lah!!

have a nice day.................

Kembali ( a short come back)

Dah hampir 3 minggu tak dapat nak update blog disebabkan cuti raya dan masalah liputan yang kurang meluas. Lagi pun kalau kat kampung mana la boleh nak buka laptop ni, alamat bersurai la keyboard ni dikerjakan oleh si kecil yg aktif tu. Habis je cuti terus offshore seminggu. Tak sempat nak beraya rumah sahabat handai kat sini pun. Tunggu la hujung minggu ni kalau dia org ada kuih lagi.

Kalau ada yang terbuka blog ni harap maaflah, saya bukan jenis yang rajin update. Nak balas sms pun ambik masa ini kan pula nak update blog. Dan minta maaf jugalah yang mana ada menjemput datang rumah untuk beraya tu tapi saya tak datang jangan la marah. Bila cuti perayaan besar macam ni, saya banyak buat part time jadi driver. Faham2 je lah..bukan selalu balik. Kiranya kad raya yang saya dah hantar tu boleh la dijadikan pengganti diri...

Insyaallah, panjang umur dan murah rezeki kita berjumpa dan saya akan update blog walaupun jumlah pembacanya sikit. huhu...

cuti

Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin untuk semua. Jumpa lagi lepas habis cuti nanti ye...

Take 5

Hari ni ada orang besaq dari utara datang mai nak berbuka dengan kita. Depa mai siap bawak geng ramai2 plak tu. Ni cek tgh rehat sat... jangan hujan sudah la ptg ni. Boleh bikin hura hara kat cek. Semalam puasa teruji bukan sebab lapaq dan dahaga tapi sebab bertengkaq nak bagi idea. masin2 nak tunjuk hebat..biasa la, semua mau jadi hero. Depa cakap ja senang la, buat la sekali kan..ni dok bagi idea ja..hang ingat semua tu bleh buat magic ka...haha. apa da...

ok, nak sambung kerja... selamat berhujung minggu.

*shopping meriah no time2 ni..ish..ish..ish

Ada aku kisah

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 untuk semua rakyat Malaysia.
Dalam kesibukan berpuasa pasti ada dikalangan kita yang terlupa untuk menghayati kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan ni. Entry kali ni ingin berbicara berkenaan semangat yang ditunjukkan oleh sebilangan rakyat Malasyia termasuklah diri saya sendiri. yeah..yeah..

Kalau saudara dan saudari perasan, isu yang semakin hangat sekarang berkenaan hubungan dengan negara jiran. Diperhatikan, rakyat dari negara sahabat kita ni memang bersungguh-sungguh menghentam negara kita tetapi sebaliknya pula berlaku dinegara kita. Ada aku kisah..huhu. biarkan lah orang yang bertanggungjawab uruskan semua ni. kita nak sibuk buat apa. ok kot ayat ni..

Kalau bukak mana2 forum dalam internet, majoriti kawan2 ni yg akan kuasai ruang tersebut yg selebihnya adalah sokongan dari orang kita,itu pun rasanya rata2 yg tinggal di luar negara. Sebabnya, bila tinggal berjauhan dari negara asal..semangat cintakan negara tu memang kuat tapi bila dah sampai kat negara asal semula..slow dia lenyap.

Berbalik kepada isu tadi, semangat yg ditunjukkan oleh sahabat kita dari jiran bukan hanya setakat di internet, blog, FB dan sebagainya tetapi juga meelalui demonstrasi2 yg keterlaluan sehingga mengancam nyawa rakayat kita di sana. Tengoklah betapa bersungguhnya mereka marah dan sayang kepada negara sendiri bila diusik. Di negara kita, apa yang org kita buat? Buat hal masing2 lah... Bukannya orang kita tak kisah tapi rata2 berfikiran mungkin tidak mahu kecoh2 dan sentiasa mengamalkan mentaliti yang sederhana dengan duduk diam saja.

Ini hanyalah pandangan ikhlas dan bukan fakta sebenar. Mungkin ada yang mengambil tahu secara serius tetapi menggunakan pandangan yang berbeza..mungkin juga.

apa jua pandangan anda...ada aku kisah. :)

Selamat hari kemerdekaan dan selamat membeli belah...

Majlis..Majlis..Majlis

Berapa banyak majlis daa nak kena buat...semua nak berbuka, nak makan besar-besar..nak makan sedap2. semua nak organize hebat2..

Ingat bulan puasa ni tak banyak program, rupanya lagi berganda-ganda berbanding dengan bulan2 biasa. time ni lah org2 penting nak datang. nak bagi sumbangan, nak makan sama2.

dah tu, ada protokol plak..macam2, org ni nak macam tu..nak kena buat macam ni. kurang sikit dah tak jadi. datang kejap je..makan, solat, makan..balik..

dah..dah..jgn mengeluh..buat je..ikut arahan. huhu

AKU

Kali ni nak buat entry pasal bahasa diri yang selalu digunakan oleh kebanyakkan bila bercakap atau menulis. Sebelum tu, 'AKU' memang membahasakan diri aku bila menulis. Jarang la guna saya bila menulis walaupun bunyi agak kasar. Untuk makluman, aku ni anak jawa. Dari kecik lagi memang dah membahasakan diri aku bila bercakap dgn abang atau kakak dan juga orang tua. Kadang-kadang je membahasakan diri 'ORANG' bila cakap dgn mak atau bapak. Nampak macam kurang ajar kan?? Tapi itu lah yang sebenarnya, masa kecik2 dulu kawan2 ada juga tegur kenapa cakap aku dgn org tua aku, tapi itulah...hehe.

Lepas melanjutkan pelajaran dan bergaul dengan ramai orang dari pelbagai negeri dan adat budaya, aku pun menukar bahasa diri mengikut kesesuaian. Kalau dengan kawan, of coz la cakap aku..dengan yg senior2 guna bahasa diri saya dan dengan yg junior2 pun kekadang ckp saya...tapi kekadang tu belasah je cakap aku gak. Tapi kalau pagi2 bagi taklimat, wajiblah guna saya walaupun ia bertujuan untuk memberi arahan atau teguran. Masa bg taklimat, pertuturan dan bahasa diri perlulah sopan walaupun kebanyakkan mereka junior atau berpangkat rendah. Ini bagi memastikan mereka juga rasa dihormati walaupun kita berpangkat lebih sedikit dari mereka. Respect others and u will gain respect, kata aku..huhu. cukup2 lari dr tajuk..

Oleh yg demikian, kalau ternampak atau terdengar aku cakap atau menulis guna bahasa aku, itu bermakna aku bercakap dgn geng2 atau sebangsa aku lah tu. hahaha..
Apa-apa pun, dont judge a book by its cover.. orang yang sopan santun tak semestinya baik, dan orang yang bercakap kasar itu bukan semuanya jahat.

*Esok ada program masak bubur lambok, org kk/sabah dijemput...peringkat negeri ni. Bangga rasanya bila masjid kami terpilih utk tahun ni.

Cepat... 22 Hari Saja Lagi

Ini bukan iklan untuk balik kampung,
bukan iklan untuk beli tiket bas,
bukan iklan untuk tempah kuih,
bukan juga untuk tempahan baju raya.

tapi....

Ini adalah iklan untuk peringatan semua umat Islam,
hanya tinggal 22 hari saja lagi Ramadhan,
jadi..marilah sama-sama kita mengambil peluang,
sempena Ramadhan ni untuk tambah amal.

*tadi di masjid ustaz bagi tazkirah sikit, jangan kira puasa dari 1 ke 30 tapi kiralah dari 30 ke 1.
faham kan...lu pikir la sendiri

Sigh...

ingat nak buat entry baru..nak upload pic dah sejam tak abis2.

hilang mood... kurang pahala puasa.

Buat Duit?

Kalau tuan2 dan puan2 perasan,
kat internet ni macam2 iklan utk tambah pendapatan,
di facebook pun dah kerap org tag nama kita utk promosi.
soalnya...adakah betul dan halal perniagaan yg mereka buat tu?

dolu2 pernah juga aku cuba utk cebur diri,
siapa yg tak nak duit..banyak plak tu,
tapi hasilnya tak la sehebat yg di war2 kan.
lama2 bungkus dah hilang begitu sahaja.

kalau ikut logik akal, mana ada rezeki yg dtg bergolek,
kalau ada pun dalam nisbah 1: 1000000,
tak perlu susah2 kita belajar tinggi2,
join bisnes tu pun dah boleh tampung hidup 50 tahun.

tapi..ada jugak bijak pandai yg terjerat,
semua kelabu bila tgk duit byk yg dijanjikan,
itu lah yg berlaku hari ni,
semua mengejar kekayaan... mengejar ilmu utk pangkat bukan utk kebaikan

sehingga ke detik ini
tak pernah terlintas langsung utk bertanya mereka bagaimana utk dpt duit tu,
biarkan mereka dgn dunia mereka,
cukuplah dan bersyukurlah dengan rezeki yg ada

Insyaallah, rezeki itu pasti buat mereka yg berusaha...

maaf, entry saya takde pic sbb guna broadband yg slow...nak upload pic bleh tertidur


Work to be seen

Pernah dengar ayat ni?
Ni antara ayat-ayat power boss aku.
Sekarang ni dah macam jd trend,
bila buat kerja kena org nampak.

kalau tak tunjuk, susah nak pergi jauh,
betul ke?
tapi kalau buat kerja dpn boss dan hasil ntah apa2 tak guna juga.
yg penting kerja kena ikhlas.

kerja mcm rajin, dari pagi dok depan laptop je,
tp bila petang tanya kerja yg disuruh buat, tak siap jugak.
ada jugak yg dok ke hulu ke hilir,
nampak mcm tgh monitor org bekerja tp ntah apa yg dia monitor.

kerja berkumpulan??
i dont think so...last2 tinggal 2 org je
kerja sendirian??
itu lagi bagus, tak menyusahkan org.

kerja senyap-senyap..
bila boss tanya, tau2 dah siap
work to be seen??
boleh jugak, tapi kena berpada-pada

selamat bekerja semua..happy monday
to be seen or not, janji org tak sakit hati dgn kita.

p/s: ni bukan pantun 4 kerat..huhu


PARAM

2 hari sebelum puasa, kat area sini dah wujud PARAM. Mungkin sebagai pemanas badan kepada peniaga2 sekitar disamping nak mengobarkan kat orang ramai yang kat situ ada jual makan2. PBT dah letak banner waktu berniaga bermula jam 1300H sampai 2000H. ok la tu...

Dulu masa kat Sandakan, pukul 10 pg dah bukak...awal betul org sana prepare juadah berbuka. hehe.. Yg sebenarnya, aku bukan kisah sangat pun pasal param2 ni..makan yg dah disediakan lagi best dari yg ada jual tu. lagi2 la kat area sini...emmmm, jalan2 cuci mata boleh la. kalau nak beli tak habis 5 hengget kot.

apa2 pun kalau terjumpa something yg pelik2 aku ku update bila rajin nanti..huhu.. bulan2 puasa ni kan patutnya byk beramal..bukan byk berblog. nasib la blog aku ni tak sehebat yg lain tu..sekali terima komen sampai berpulul-puluh..nak tak nak kena jawab komen..hati kawan kena jaga..

ok la..masa untuk kerja semula...bersama sya lagi di lain waktu....wassalam

Laman Web Disekat

Masa nak mula kerja tadi terdengar berita di radio beritahu pasal laman web pornografi akan disekat menjelang puasa. Dengan pantas aku pun terus menggoogle berita tu bagi mendapatkan kesahihan. Ingatkan kerajaan yang nak sekat, rupanya negara jiran kita. Selamat.....hahaha. kalau tak percaya boleh klik kat sini.

Lepas tu survey lagi kot2 la kat Malaysia ni ada tindakan yang sama, tapi takde pun. kalau ada pun kat Perlis je.. tu pun pusat hiburan kena tutup menjelang Ramadhan. So orang Perlis, no fun2 la masa puasa nanti ye.. kalau nak menggatal sangat carilah option kat negeri2 jiran. huhu..

Ermmm.. lepas ni ada kesinambungan kot kerajaan kita akan buat sekatan yang sama. takkan la nak senyap je.. Alamak..terlebih time sudah.

Apa2 pun..citer The Sorcerer's Apprentice yang baru ditayang memang best. Selamat menonton.. Jangan tonton tayangan yang disekat..hehe..

p/s: Bestnya udara laut hari ni..

Orang Laut

I am a seaman. A seaman belong to sea not tight alongside. Comrades!! get prepared....

Bila mau peluh?

Badan ni dah lama rasanya tak berpeluh. Malam ni plannya nak main badminton tapi disebabkan hujan renyai2 dari petang tadi buat rasa malas pulak nak keluar. Rasanya kalau maintain berterusan boleh dapat macam2 penyakit kot. Dengan usia yang muda remaja ni (wink..wink) tak sanggup rasanya nak kena penyakit pelik2 tu. arghh...tido lah

sent via compac presario c700

Ramadhan Bakal Tiba

Sedar tak sedar ada lagi sebulan nak puasa, rasa mcm baru je semalam aku tempah baju raya tahun lepas. Hahaha..tahun ni mcm nak mintak tempah baru je, sbb last year nya baju tu terlalu bling bling la.

Aku sebenarnya saja nak mengupdate blog..no topic mau citer so belasah je la. Alahai..fokus2 citer pasal pose. Tahun ni berpuasa di KK lagi..sama mcm tahun lepas gak, terawih..sahur.. param.. buka awal..ahaks. kat sini yang kurang bestnya param dia tak sehebat kat semenanjung.. Juadah semua tak bleh blah la. Makan kat kapal gak yang terbaik...save!!

Satu je kelebihan puasa di KK...of coz la buka lebih awal dari semenanjung..haha, time kitorg tgh minum air sirap org kat semenanjung baru je nak gi beli juadah..dan yg best siap bleh 3G dgn org2 kampung mengobarkan yang dah bukak puasa..jahat giler.

Ok kot untuk entry kali ni...lain kali kalau rajin aku update la lagi..tulis panjang2 pun bukan ramai yg baca..huhuhu

Come on..come on...semangat2... berilah ku kekuatan untuk menulis lagi..Insyaallah..Amin..

Ahoy!!



KEHADIRAN ANDA DIALU-ALUKAN

Ketagihan


Semasa balik bercuti pada hujung bulan lepas, aku dah nekad nak cuba benda ni. Sebelum ni, ramai kawan2 aku yang dok push utk cuba. Macam2 alasan pada mulanya aku tolak... tapi sebab mereka kata tak ada apa2 kesan, jadi aku pun cuba. Sebenarnya benda ni aku dah try 2, 3 kali kat KK tapi x berapa syok sangat sebab guna org punya.

Jadi..masa cuti lepas, aku plan nak cari sendiri barang ni. Stok paling banyak nak dapat dia orang ckp kat KL..so aku pun gi la ke KL. Tu yg bleh jumpa dgn brader sorang ni..YB, tapi dia bukan supplier barang ni. Ni blogger termasyur dan terhangat di pasaran,..ahaks.

Kat KL aku dah pilih lokasi Ampang sbg tempat pertama utk survey barang ni..emmm..boleh tahan gak stok yang diorg ada. sebab malas nak ke tempat lain, aku ambik terus barang dari situ..kopak jugak la ratusan ringgit..apa nak buat, nak try punya pasal.

Petang tu jugak aku ajak sorang kwn utk test benda ni..dan lepas berpuas hati, bila blk kampung aku terus hello kwn2 di Gemas utk layan secara proper. fuh..apa ayat aku guna ni..lantaklah..huhu

Lokasi kami main kat Bahau.. ok la, tempat baru... cantik plak tu.


takde orang pun.. best giler.


kat bawah tu la kami start pukul..huhu


antara kawan2 yg sempat meluangkan masa melayan golf

Sejak hari tu lah..kecenderungan aku utk improve golf semakin kuat. tapak tangan ni dah macam kerja kontrak..biasa lah, budak baru belajar..lepas ni lembut balik la tu..hehe.. ok la..nak ke laut, rindu plak nak belayar.

Cuaca Panas

Dah seminggu aku bercuti tp rasa macam tak cuti pun. Dok lekat kat umah ada la 2, 3 hari je.. yg lain panjang langkah jumpa kengkawan dan perabis duit.

Dah blk kat semenanjung ni baru perasan, cuaca kat sini lagi panas dari kat kk tu. kalau kat kampung jgn ckp lah. lepas makan tu kalau tak dok kat tempat redup dgn berangin dlm kereta lah jawabnya.. huhu, apa nk buat, ada kipas je.

Nasib baik la broadband kat sini kekadang ok..kena time dia meragam sampai ke sudah tak bleh nak bukak. dah la cuaca panas, pastu broadband slow, lagi la hati panas..semua jadi x kena.

Ahha... ari tu aku ada singgah pekena cendol kat leman dawi tu.. ok le, x la kick sgt pun tp tuan kedai tu je yg best sbb teramat peramah. ala..pic dlm phone plak, malas nk upload. nti lah kot.

ok la, hari dah semakin panas.. gi cari air tebu pun menarik gak..huhu

Menang Lagi

Tiada apa yang ditulis pun, cuma nak habaq dah menang lagi. Mungkin kali ni sambutan kurang kot. Tu yg rasa senang je nak menang..huhu. Tapi kali ni dgn geng lain plak, yg lama tu dia pun dah ada partner lain.

Badminton

Esok ada pertandingan badminton. Malam ni kena rehat dan rancang strategi.
Kalau kalah..malu wo.., sebab last tournament aku yg champs..hehe

kalau tak caye..ni ha aku ambik hadiah last year..


Sekian.. majulah sukan utk diri sendiri.

Sponsor, sumbangan dan seangkatan.

Huh... lama betul rasanya tak update blog ni. Kalau org lalu pun sure boring. Ok la, hari ni story sikit pasal perancangan kami utk adakan hari terbuka bulan Mei nanti. Kami plan nak panggil org ramai melawat dan melihat sendiri organisasi ni. Tapi takkan nak panggil saja kan, atleast kena la buat event yg gempak sikit dan wow.. baru la org nak dtg.

Pagi tadi dah brain storm ramai2 macam mana nak organize event ni. Mcm2 idea yg keluar.. so far benda ni takde masalah sebenarnya kalau duit banyak dan masa cukup. Bayangkan lah nak buat mini jom heboh kat sini.. tu lah plan kitorg.

Anyhow, bos kitorg dah setuju dan suruh work out dari skrg. Tinggal dia nak propose ke big bos satu lagi je. Dan kalau ok, memang on lah event ni.

Setakat ni, cuma ada 2, 3 company je yg berminat nak menyumbang bagi meriahkan majlis ni. Tu pun sebab diorg banyak bekerja secara langsung. Yang lain2 baru try kontek dan tanya samada nak join ke tak. Alangkah seronoknya kalau ramai nak join dan menyumbang kepada kitorg. dan yang pasti..org KK memang akan datang.

Sesiapa yang diluar sana berminat nak menyertai atau menyumbang kepada acara ni jangan malu atau segan utk kontek saya ye.. Contribute la sikit, atleast dapat mengurangkan beban kitorg..hehe.

p/s: sesapa ada kenal bos2 company besar bg tau lah. huhu...