Ada aku kisah

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 untuk semua rakyat Malaysia.
Dalam kesibukan berpuasa pasti ada dikalangan kita yang terlupa untuk menghayati kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan ni. Entry kali ni ingin berbicara berkenaan semangat yang ditunjukkan oleh sebilangan rakyat Malasyia termasuklah diri saya sendiri. yeah..yeah..

Kalau saudara dan saudari perasan, isu yang semakin hangat sekarang berkenaan hubungan dengan negara jiran. Diperhatikan, rakyat dari negara sahabat kita ni memang bersungguh-sungguh menghentam negara kita tetapi sebaliknya pula berlaku dinegara kita. Ada aku kisah..huhu. biarkan lah orang yang bertanggungjawab uruskan semua ni. kita nak sibuk buat apa. ok kot ayat ni..

Kalau bukak mana2 forum dalam internet, majoriti kawan2 ni yg akan kuasai ruang tersebut yg selebihnya adalah sokongan dari orang kita,itu pun rasanya rata2 yg tinggal di luar negara. Sebabnya, bila tinggal berjauhan dari negara asal..semangat cintakan negara tu memang kuat tapi bila dah sampai kat negara asal semula..slow dia lenyap.

Berbalik kepada isu tadi, semangat yg ditunjukkan oleh sahabat kita dari jiran bukan hanya setakat di internet, blog, FB dan sebagainya tetapi juga meelalui demonstrasi2 yg keterlaluan sehingga mengancam nyawa rakayat kita di sana. Tengoklah betapa bersungguhnya mereka marah dan sayang kepada negara sendiri bila diusik. Di negara kita, apa yang org kita buat? Buat hal masing2 lah... Bukannya orang kita tak kisah tapi rata2 berfikiran mungkin tidak mahu kecoh2 dan sentiasa mengamalkan mentaliti yang sederhana dengan duduk diam saja.

Ini hanyalah pandangan ikhlas dan bukan fakta sebenar. Mungkin ada yang mengambil tahu secara serius tetapi menggunakan pandangan yang berbeza..mungkin juga.

apa jua pandangan anda...ada aku kisah. :)

Selamat hari kemerdekaan dan selamat membeli belah...

15 comments:

al-lavendari said...

ini isu besar .. biar ia diselesaikan secara diplomatik. kalau masing-masing ambil tindakan sendiri, lagi huru hara dibuatnya.

zonaku said...

aku pun x kesah....


opsss! kang ada lak soh aku bertobat..... hehheheheeeeeeee

Yunus Badawi said...

Tumpang lalu :zonaku -taubatlah. Tak serik ke kena ambush hehehe.

Yunus Badawi said...

Betul kata abg al. Beliau kan kira pakar dlm hal perhubungan diplomatik kerana pernah bekerja utk Msia di luar negara.

Aku cakap banyak sangatkan ada yg hantar virus kat blog aku pulak huhuhu

zonaku said...

tumpang lalu:YB:
sebuk la ko! tp aku x sentap sbb ko kenal aku.....

kasihibu said...

betul kata pakngah tu
kena selesaikan secara diplomatik

kalau ikut perasaan akal fikiran yg rendah, kucar kacirlah negara

erpp..kita pun tahu, diorang tu, sampai disini baru tahu cara nak menggunakan mesin basuh dan peralatan elektrik, kalau tidak.......

MENTIBANG LAUT said...

AL
saya tau ini isu besar..tapi kita semua patut peka bukan ambik tak port..

MENTIBANG LAUT said...

zonaku

aku kisah sebenarnya..

MENTIBANG LAUT said...

YB 1
sapa ambush sapa?

YB 2
memang betul kena selesaikan cara diplomatik. setuju sangat, persoalan kat sini adakah kita semua peka dgn isu ni..tu je

MENTIBANG LAUT said...

zonaku
apa main sentap2 ni..oo, yb kenal ko ek..aku tak kenal ko..huhu, ada aku kisah

MENTIBANG LAUT said...

sayangsayangibu
jangan pandang rendah diorg kak..nampak mcm rilek je kan tapi hakikatnya lain. tapi org msia tak perlu risau, ada diorg kisah?..pasukan pertahanan kan ada menjaga..so korang semua bleh la gi bazar ramadan dgn aman..Insyaallah.

zonaku said...

aisehhhhhh....... mls la nk aktif mengomen, asyik org salah faham jer....... tp,






ada aku kisah.....

ANUAR ZAIN said...

Serupalah macam Iran dan Iraq dulu, salah satu punca peperangan mereka adalah pasal pekerja2 Iran yang bekerja di Iraq dilayan buruk oleh majikan mereka. Terutamanya gaji, kerja yg dibuat sama tapi gaji berlainan dari org luar dan rakyat sendiri.

Begitu jugalah pekerja2 Indon yg bekerja di Malaysia ini. Dahtu ada pulak petualang2 yang membayar upah untuk pemogok-pemogok atau perusuh2!

Ianya akan berakhir, kita serumpun! Gaji bayar dengan adil atau tiada lagi pekerja2 Indon bekerja di Malaysia..lagi cepat selesai masalah ini!

MENTIBANG LAUT said...

zonaku
ko tak nak aktif komen? ada aku kisah...

MENTIBANG LAUT said...

AZ
betul tu tok..kat sana pun ada org yg bayar..biasala, kalau ikut fakta..sana lg byk suap2 ni..raykat depa sendiri pun tak bape gemor..

kalau takde pekerja sana kat sini susah gak tu..