Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 untuk semua rakyat Malaysia.
Dalam kesibukan berpuasa pasti ada dikalangan kita yang terlupa untuk menghayati kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan ni. Entry kali ni ingin berbicara berkenaan semangat yang ditunjukkan oleh sebilangan rakyat Malasyia termasuklah diri saya sendiri. yeah..yeah..
Kalau saudara dan saudari perasan, isu yang semakin hangat sekarang berkenaan hubungan dengan negara jiran. Diperhatikan, rakyat dari negara sahabat kita ni memang bersungguh-sungguh menghentam negara kita tetapi sebaliknya pula berlaku dinegara kita. Ada aku kisah..huhu. biarkan lah orang yang bertanggungjawab uruskan semua ni. kita nak sibuk buat apa. ok kot ayat ni..
Kalau bukak mana2 forum dalam internet, majoriti kawan2 ni yg akan kuasai ruang tersebut yg selebihnya adalah sokongan dari orang kita,itu pun rasanya rata2 yg tinggal di luar negara. Sebabnya, bila tinggal berjauhan dari negara asal..semangat cintakan negara tu memang kuat tapi bila dah sampai kat negara asal semula..slow dia lenyap.
Berbalik kepada isu tadi, semangat yg ditunjukkan oleh sahabat kita dari jiran bukan hanya setakat di internet, blog, FB dan sebagainya tetapi juga meelalui demonstrasi2 yg keterlaluan sehingga mengancam nyawa rakayat kita di sana. Tengoklah betapa bersungguhnya mereka marah dan sayang kepada negara sendiri bila diusik. Di negara kita, apa yang org kita buat? Buat hal masing2 lah... Bukannya orang kita tak kisah tapi rata2 berfikiran mungkin tidak mahu kecoh2 dan sentiasa mengamalkan mentaliti yang sederhana dengan duduk diam saja.
Ini hanyalah pandangan ikhlas dan bukan fakta sebenar. Mungkin ada yang mengambil tahu secara serius tetapi menggunakan pandangan yang berbeza..mungkin juga.
apa jua pandangan anda...ada aku kisah. :)
Selamat hari kemerdekaan dan selamat membeli belah...