Hari yang penat

Hari ni bukan penat keje..hehe tapi penat bersukan. Dari petang sampai ke malam semua aku join. Penat2 bersukan sempat gak nak melayan blog ni. Tadi petang pukul 2 kitorg ada match futsal semi final. Alhamdulillah, team aku menang dan layak ke final 2 minggu lagi. walaupun aku main sebagai super sub (poyo) ada la dlm 10 minit kot tapi ok gak..berbaloi. tak score pun..cuma bantu org member score..cewahh.

Abis futsal gi main squash plak...hehe. bukan apa, dah gelanggang squash tu sebelah je court futsal dan yg main plak geng2 aku..apa lagi join le. main squash best sket sbb peluh kuar mencurah-curah. bleh la kurangkan lemak2 diperut yg dah bertambah sejak kebelakangan ni..abis main dalam pukul 4.30 balik mandi dan tunggu maghrib.

Lepas isyak dalam pukul 7.30 berangkat ke stadium plak lawan bola. ada friendly match dgn team yang kitorg kalahkan bulan lepas..nak repeat la kononnye tu. dah la geng2 yang datang cukup2 korum je.. so belasah la main tanpa pemain simpanan. nasib baik ptg td ujan..mlm ni sejuk sket la, dan takde la aku hongap kat dalam padang tu. dapat score sebijik tu.. dan keputusan penuh..kitorang menang lagi..hehe..

balik2..lepas mandi capai laptop terus layan blog dulu..ok lah..dah tak tau nak merapu apa ni, tgk tulisan tu pun dah nampak double. arek turu dulu lah...nite semua

Murah Rezeki

Alhamdulillah..nak share dengan kawan2 blog yang aku dah sah naik pangkat. Berita gumbira ini aku tau ptg semlm..ada kengkawan yg tipon. tapi majlis lom buat lagi , isnin ni kot sebelum bos aku gi bercuti..huhu, kalau dia xde susah gak.

dah jadi tradisi kat sini, sesapa yg naik pangkat kena belanja semua staf..waduh2..baru bape ari bulan ni..huhu, kena tgu la minggu depan kot kalau nak makan sodap. kalau nak cukup syarat je nanti aku belanja kuih dah la kot..hahaha..x patut.

cukup la sampai sini dulu..riang ria selalu...

1730H

pada saat dan ketika ini aku cuba utk merapu dalam usaha utk update blog. sambil menulis aku layan FB dan blog2 lain utk carik idea. apa yg aku nak citer ni...

ok, kisah tattibau yg umah dia kena pecah ok gak..kesian plak kat tatti tu..aku baru je melepakkan diri 2 minggu lepas kat umah dia. sempat gak la dia bwk pusing2 umah dia tu. mmg besar kawasan rumah dia tp selalu ditinggalkan. dia pun ada citer gak yg umah dia penah kena pecah..sekali betul2 jadi..antara brg yg hilang adalah laptop kesayangan dia..huhu..sodih dongar. sabar yo lah tatti..boli yg baru..

next pe citer ar!!!.. ahha...citer pulau manukan. weekend ari tu baru je pegi jalan2 cuci mata kat sana. sayang la pulau tu..memang cantik tp takde yg jaganya. kesian aku tgk kat pelancong2 luar negara yg datang nak snorkling..byk sampah dari coral..hampeh kayu!! ni kerajaan sabah kena take note sket la..kalau x mau pengunjung kurang dan bad respond dari tourist, pi la jaga blk pulau tu.. kalau sesapa ada niat nak gi jejalan kat pulau dlm masa terdekat ni..my suggestion pegi pulau sapi..situ air laut tarbaik lagi..kat jeti dia pun dah bleh layan ikan berenang-renang. tapi pulau tu kecek sket la..tak leh ramai2..padat beb...anyhow..situ mmg menarik la kalau nak snorkling..

ok sambung lagi lain masa.. wassalam

Dua 8

A wonderfull day.. Thanks to bapak and mak for a lovely wishes.

Facebook vs Blog

Trend hari ni kalau takde facebook memang tak sah.. sebab tu rata2 geng2 blog aku dulu yg aktif skrg ni dah jadi pasif. mana taknye..kat FB tu mcm2 ada..best la jugak.

ni nak update blog pun dah xde mood, xde idea..emmm. bersawang dah blog ni..hahaha

kesimpulannya...FB mmg best compare blog..huhu..tu pendapat aku la. oleh yg demikian..jom la berFB..

wassalam

Cuti dah nak habis (short note)

Tinggal 2, 3 hari je sebelum bekerja semula. bukan cuti je habis..fulus pun dah nak abis.. ni semua raya punya kisah....

Aidilfitri Semakin Hampir

Ada lagi 5 hari, Insyaallah sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Tahun ni dapat jugak aku beraya di kampung..hehe, tq boss. Kalau tahun lepas merasa beraya di perantauan dengan cuaca sejuk dan dikelilingi kumpulan minoriti msia tahun ni dengan keluarga lah pulak. Tapi bagi orang yang berkecimpung dengan bidang kerja ni, raya kat kampung atau mana2 bukan lah satu isu yang besar. Kena faham tugas la, nak sedih pun simpan dalam hati je.. kalau tarik muka atau nak bengang pun bukan nye kita sorang yang tak balik..ramai lagi yang senasib.

Siang tadi bagi kuih raya, tapi aku bukan dapat pun..dapat letih je la bila kena organize majlis macam ni. anyway puas hati sebab tak banyak orang yang nak complain. Big boss pun hepi je..sempoi kot. haha..

Esok dah bleh packing kot..huhu..entah apa yg nak dipack pun tak pikir lg. tp yg pasti kuih raya byk nak kena bwk blk..biasa la semua kirim.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.. Maaf Zahir dan Batin.

Stop blaming others

Dalam mana-mana organisasi perkara macam ni memang selalu jadi. Masalahnya bila diri sendiri tak sedar dengan kesilapan yang dibuat. Dari perkara kecil boleh merebak jadi isu besar. Apa yang nak dikongsi disini adalah berkenaan dengan karenah sesetengah manusia yang nampak baik dari segi perwatakan tetapi gagal dalam mengendalikan emosi sendiri.

Perkara ni dah jadi beberapa kali sejak beberapa minggu ni dan kadang kala buat kita bosan. Bila ada yang tegur mula la dia pandang serong dah rasa tercabar. Lumrah, bila ada kuasa dan jawatan kadang kala manusia lupa dengan kebodohan sendiri dan sengaja menunjukkan kebodohan mereka kepada yang lain atau dia memang tak sedar diri.

Apa-apa pun hal kecik macam ni jarang aku nak layan cuma bila dah jadi banyak kali elok juga dikongsi dengan yang lain. Sesapa kat luar sana yang ada perangai macam ni, hentikanlah.. Orang idok gemor yeop!!

Kembali berblogging

Assalamualaikum semua dan Selamat Berpuasa, Ramadhan Kareem. Setelah beberapa minggu meninggalkan dunia blog rasanya aku perlu aktif semula dan kekalkan blog yang sedia ada. Rasa sayang dengan hasil kerja dan post2 sebelum ini terpaksa ditelan saja. Bila melawat blog orang lain baru terasa gian dan syoknye kalau ada blog sendiri.

Disamping tu juga, tujuan blog ni diwujudkan semula adalah bagi menghargai jasa seorang sahabat yang banyak membantu dalam menghasilkan blog aku sebelum ini. Tanpa beliau rasanya sampai ke hari ni aku takkan ada blog. Kalau dia baca post ni atleast boleh la senyum sorang2 kat rumah tu dengan hasil kerja anak didik dia. huhu..tq tok.

Insyaallah akan aku cuba untuk menjelajah dan menjengok blog orang lain dari masa ke semasa sesuai dengan tag line kat atas tu. yeahaa.. happy blogging semua!!