Majlis..Majlis..Majlis

Berapa banyak majlis daa nak kena buat...semua nak berbuka, nak makan besar-besar..nak makan sedap2. semua nak organize hebat2..

Ingat bulan puasa ni tak banyak program, rupanya lagi berganda-ganda berbanding dengan bulan2 biasa. time ni lah org2 penting nak datang. nak bagi sumbangan, nak makan sama2.

dah tu, ada protokol plak..macam2, org ni nak macam tu..nak kena buat macam ni. kurang sikit dah tak jadi. datang kejap je..makan, solat, makan..balik..

dah..dah..jgn mengeluh..buat je..ikut arahan. huhu

AKU

Kali ni nak buat entry pasal bahasa diri yang selalu digunakan oleh kebanyakkan bila bercakap atau menulis. Sebelum tu, 'AKU' memang membahasakan diri aku bila menulis. Jarang la guna saya bila menulis walaupun bunyi agak kasar. Untuk makluman, aku ni anak jawa. Dari kecik lagi memang dah membahasakan diri aku bila bercakap dgn abang atau kakak dan juga orang tua. Kadang-kadang je membahasakan diri 'ORANG' bila cakap dgn mak atau bapak. Nampak macam kurang ajar kan?? Tapi itu lah yang sebenarnya, masa kecik2 dulu kawan2 ada juga tegur kenapa cakap aku dgn org tua aku, tapi itulah...hehe.

Lepas melanjutkan pelajaran dan bergaul dengan ramai orang dari pelbagai negeri dan adat budaya, aku pun menukar bahasa diri mengikut kesesuaian. Kalau dengan kawan, of coz la cakap aku..dengan yg senior2 guna bahasa diri saya dan dengan yg junior2 pun kekadang ckp saya...tapi kekadang tu belasah je cakap aku gak. Tapi kalau pagi2 bagi taklimat, wajiblah guna saya walaupun ia bertujuan untuk memberi arahan atau teguran. Masa bg taklimat, pertuturan dan bahasa diri perlulah sopan walaupun kebanyakkan mereka junior atau berpangkat rendah. Ini bagi memastikan mereka juga rasa dihormati walaupun kita berpangkat lebih sedikit dari mereka. Respect others and u will gain respect, kata aku..huhu. cukup2 lari dr tajuk..

Oleh yg demikian, kalau ternampak atau terdengar aku cakap atau menulis guna bahasa aku, itu bermakna aku bercakap dgn geng2 atau sebangsa aku lah tu. hahaha..
Apa-apa pun, dont judge a book by its cover.. orang yang sopan santun tak semestinya baik, dan orang yang bercakap kasar itu bukan semuanya jahat.

*Esok ada program masak bubur lambok, org kk/sabah dijemput...peringkat negeri ni. Bangga rasanya bila masjid kami terpilih utk tahun ni.

Cepat... 22 Hari Saja Lagi

Ini bukan iklan untuk balik kampung,
bukan iklan untuk beli tiket bas,
bukan iklan untuk tempah kuih,
bukan juga untuk tempahan baju raya.

tapi....

Ini adalah iklan untuk peringatan semua umat Islam,
hanya tinggal 22 hari saja lagi Ramadhan,
jadi..marilah sama-sama kita mengambil peluang,
sempena Ramadhan ni untuk tambah amal.

*tadi di masjid ustaz bagi tazkirah sikit, jangan kira puasa dari 1 ke 30 tapi kiralah dari 30 ke 1.
faham kan...lu pikir la sendiri

Sigh...

ingat nak buat entry baru..nak upload pic dah sejam tak abis2.

hilang mood... kurang pahala puasa.

Buat Duit?

Kalau tuan2 dan puan2 perasan,
kat internet ni macam2 iklan utk tambah pendapatan,
di facebook pun dah kerap org tag nama kita utk promosi.
soalnya...adakah betul dan halal perniagaan yg mereka buat tu?

dolu2 pernah juga aku cuba utk cebur diri,
siapa yg tak nak duit..banyak plak tu,
tapi hasilnya tak la sehebat yg di war2 kan.
lama2 bungkus dah hilang begitu sahaja.

kalau ikut logik akal, mana ada rezeki yg dtg bergolek,
kalau ada pun dalam nisbah 1: 1000000,
tak perlu susah2 kita belajar tinggi2,
join bisnes tu pun dah boleh tampung hidup 50 tahun.

tapi..ada jugak bijak pandai yg terjerat,
semua kelabu bila tgk duit byk yg dijanjikan,
itu lah yg berlaku hari ni,
semua mengejar kekayaan... mengejar ilmu utk pangkat bukan utk kebaikan

sehingga ke detik ini
tak pernah terlintas langsung utk bertanya mereka bagaimana utk dpt duit tu,
biarkan mereka dgn dunia mereka,
cukuplah dan bersyukurlah dengan rezeki yg ada

Insyaallah, rezeki itu pasti buat mereka yg berusaha...

maaf, entry saya takde pic sbb guna broadband yg slow...nak upload pic bleh tertidur


Work to be seen

Pernah dengar ayat ni?
Ni antara ayat-ayat power boss aku.
Sekarang ni dah macam jd trend,
bila buat kerja kena org nampak.

kalau tak tunjuk, susah nak pergi jauh,
betul ke?
tapi kalau buat kerja dpn boss dan hasil ntah apa2 tak guna juga.
yg penting kerja kena ikhlas.

kerja mcm rajin, dari pagi dok depan laptop je,
tp bila petang tanya kerja yg disuruh buat, tak siap jugak.
ada jugak yg dok ke hulu ke hilir,
nampak mcm tgh monitor org bekerja tp ntah apa yg dia monitor.

kerja berkumpulan??
i dont think so...last2 tinggal 2 org je
kerja sendirian??
itu lagi bagus, tak menyusahkan org.

kerja senyap-senyap..
bila boss tanya, tau2 dah siap
work to be seen??
boleh jugak, tapi kena berpada-pada

selamat bekerja semua..happy monday
to be seen or not, janji org tak sakit hati dgn kita.

p/s: ni bukan pantun 4 kerat..huhu


PARAM

2 hari sebelum puasa, kat area sini dah wujud PARAM. Mungkin sebagai pemanas badan kepada peniaga2 sekitar disamping nak mengobarkan kat orang ramai yang kat situ ada jual makan2. PBT dah letak banner waktu berniaga bermula jam 1300H sampai 2000H. ok la tu...

Dulu masa kat Sandakan, pukul 10 pg dah bukak...awal betul org sana prepare juadah berbuka. hehe.. Yg sebenarnya, aku bukan kisah sangat pun pasal param2 ni..makan yg dah disediakan lagi best dari yg ada jual tu. lagi2 la kat area sini...emmmm, jalan2 cuci mata boleh la. kalau nak beli tak habis 5 hengget kot.

apa2 pun kalau terjumpa something yg pelik2 aku ku update bila rajin nanti..huhu.. bulan2 puasa ni kan patutnya byk beramal..bukan byk berblog. nasib la blog aku ni tak sehebat yg lain tu..sekali terima komen sampai berpulul-puluh..nak tak nak kena jawab komen..hati kawan kena jaga..

ok la..masa untuk kerja semula...bersama sya lagi di lain waktu....wassalam