Cuti dah nak habis (short note)

Tinggal 2, 3 hari je sebelum bekerja semula. bukan cuti je habis..fulus pun dah nak abis.. ni semua raya punya kisah....

Aidilfitri Semakin Hampir

Ada lagi 5 hari, Insyaallah sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Tahun ni dapat jugak aku beraya di kampung..hehe, tq boss. Kalau tahun lepas merasa beraya di perantauan dengan cuaca sejuk dan dikelilingi kumpulan minoriti msia tahun ni dengan keluarga lah pulak. Tapi bagi orang yang berkecimpung dengan bidang kerja ni, raya kat kampung atau mana2 bukan lah satu isu yang besar. Kena faham tugas la, nak sedih pun simpan dalam hati je.. kalau tarik muka atau nak bengang pun bukan nye kita sorang yang tak balik..ramai lagi yang senasib.

Siang tadi bagi kuih raya, tapi aku bukan dapat pun..dapat letih je la bila kena organize majlis macam ni. anyway puas hati sebab tak banyak orang yang nak complain. Big boss pun hepi je..sempoi kot. haha..

Esok dah bleh packing kot..huhu..entah apa yg nak dipack pun tak pikir lg. tp yg pasti kuih raya byk nak kena bwk blk..biasa la semua kirim.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.. Maaf Zahir dan Batin.

Stop blaming others

Dalam mana-mana organisasi perkara macam ni memang selalu jadi. Masalahnya bila diri sendiri tak sedar dengan kesilapan yang dibuat. Dari perkara kecil boleh merebak jadi isu besar. Apa yang nak dikongsi disini adalah berkenaan dengan karenah sesetengah manusia yang nampak baik dari segi perwatakan tetapi gagal dalam mengendalikan emosi sendiri.

Perkara ni dah jadi beberapa kali sejak beberapa minggu ni dan kadang kala buat kita bosan. Bila ada yang tegur mula la dia pandang serong dah rasa tercabar. Lumrah, bila ada kuasa dan jawatan kadang kala manusia lupa dengan kebodohan sendiri dan sengaja menunjukkan kebodohan mereka kepada yang lain atau dia memang tak sedar diri.

Apa-apa pun hal kecik macam ni jarang aku nak layan cuma bila dah jadi banyak kali elok juga dikongsi dengan yang lain. Sesapa kat luar sana yang ada perangai macam ni, hentikanlah.. Orang idok gemor yeop!!

Kembali berblogging

Assalamualaikum semua dan Selamat Berpuasa, Ramadhan Kareem. Setelah beberapa minggu meninggalkan dunia blog rasanya aku perlu aktif semula dan kekalkan blog yang sedia ada. Rasa sayang dengan hasil kerja dan post2 sebelum ini terpaksa ditelan saja. Bila melawat blog orang lain baru terasa gian dan syoknye kalau ada blog sendiri.

Disamping tu juga, tujuan blog ni diwujudkan semula adalah bagi menghargai jasa seorang sahabat yang banyak membantu dalam menghasilkan blog aku sebelum ini. Tanpa beliau rasanya sampai ke hari ni aku takkan ada blog. Kalau dia baca post ni atleast boleh la senyum sorang2 kat rumah tu dengan hasil kerja anak didik dia. huhu..tq tok.

Insyaallah akan aku cuba untuk menjelajah dan menjengok blog orang lain dari masa ke semasa sesuai dengan tag line kat atas tu. yeahaa.. happy blogging semua!!