AKU

Kali ni nak buat entry pasal bahasa diri yang selalu digunakan oleh kebanyakkan bila bercakap atau menulis. Sebelum tu, 'AKU' memang membahasakan diri aku bila menulis. Jarang la guna saya bila menulis walaupun bunyi agak kasar. Untuk makluman, aku ni anak jawa. Dari kecik lagi memang dah membahasakan diri aku bila bercakap dgn abang atau kakak dan juga orang tua. Kadang-kadang je membahasakan diri 'ORANG' bila cakap dgn mak atau bapak. Nampak macam kurang ajar kan?? Tapi itu lah yang sebenarnya, masa kecik2 dulu kawan2 ada juga tegur kenapa cakap aku dgn org tua aku, tapi itulah...hehe.

Lepas melanjutkan pelajaran dan bergaul dengan ramai orang dari pelbagai negeri dan adat budaya, aku pun menukar bahasa diri mengikut kesesuaian. Kalau dengan kawan, of coz la cakap aku..dengan yg senior2 guna bahasa diri saya dan dengan yg junior2 pun kekadang ckp saya...tapi kekadang tu belasah je cakap aku gak. Tapi kalau pagi2 bagi taklimat, wajiblah guna saya walaupun ia bertujuan untuk memberi arahan atau teguran. Masa bg taklimat, pertuturan dan bahasa diri perlulah sopan walaupun kebanyakkan mereka junior atau berpangkat rendah. Ini bagi memastikan mereka juga rasa dihormati walaupun kita berpangkat lebih sedikit dari mereka. Respect others and u will gain respect, kata aku..huhu. cukup2 lari dr tajuk..

Oleh yg demikian, kalau ternampak atau terdengar aku cakap atau menulis guna bahasa aku, itu bermakna aku bercakap dgn geng2 atau sebangsa aku lah tu. hahaha..
Apa-apa pun, dont judge a book by its cover.. orang yang sopan santun tak semestinya baik, dan orang yang bercakap kasar itu bukan semuanya jahat.

*Esok ada program masak bubur lambok, org kk/sabah dijemput...peringkat negeri ni. Bangga rasanya bila masjid kami terpilih utk tahun ni.

9 comments:

Yunus Badawi said...

Masa duduk di Miri aku gunakan ganti nama kamek.

Bolehlah lawan bubur lambok masjid Kg Baru.

zonaku said...

bubur lambuk mak aku jugak paling sedap......






bg tekak aku laaaaaa

MENTIBANG LAUT said...

YB
kat sabah campur2, kau, kita, aku...semua digunakan.

buat bubur lambok hari ni bukan nak lawan kg baru punya tp nak sedekah. kalau nak lawan kena buat pertandingan.

MENTIBANG LAUT said...

zonaku
hantar la 1 bubur lambuk mak awak kat sini...huhu

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku ,gua, lu ,bro..tak kesah janji cool

MENTIBANG LAUT said...

brutalsolo
lu ni brutal la brader..takut tgk

ANUAR ZAIN said...

Aku kat kampung pakai ajuk nama Nuar jer, tapi bila dah berhijrah kat bandar kenalah pakai 'you' and 'I'. Tapi kat Johor..kawan, Kelatan ...ambo, Temerloh..koi, Kashmir..mere, Saudi Arabia..ana, dan seterusnya lah!!

MENTIBANG LAUT said...

AZ
yeah..yeah..yeah..i know that. huhu..tok po citor er?

penjejak maya said...

salam ziarah,

mula-mula guna saya tapi bila dah kenal mesra jadi aku..

kita gunakan aku ikut situasi tapi aku tu juga tunjukkan hubungan yang rapat sebab itu dalam niat dan doa pada Tuhan kita gunakan aku wallahualam..