Semasa balik bercuti pada hujung bulan lepas, aku dah nekad nak cuba benda ni. Sebelum ni, ramai kawan2 aku yang dok push utk cuba. Macam2 alasan pada mulanya aku tolak... tapi sebab mereka kata tak ada apa2 kesan, jadi aku pun cuba. Sebenarnya benda ni aku dah try 2, 3 kali kat KK tapi x berapa syok sangat sebab guna org punya.
Jadi..masa cuti lepas, aku plan nak cari sendiri barang ni. Stok paling banyak nak dapat dia orang ckp kat KL..so aku pun gi la ke KL. Tu yg bleh jumpa dgn brader sorang ni..
YB, tapi dia bukan supplier barang ni. Ni blogger termasyur dan terhangat di pasaran,..ahaks.
Kat KL aku dah pilih lokasi Ampang sbg tempat pertama utk survey barang ni..emmm..boleh tahan gak stok yang diorg ada. sebab malas nak ke tempat lain, aku ambik terus barang dari situ..kopak jugak la ratusan ringgit..apa nak buat, nak try punya pasal.
Petang tu jugak aku ajak sorang kwn utk test benda ni..dan lepas berpuas hati, bila blk kampung aku terus hello kwn2 di Gemas utk layan secara proper. fuh..apa ayat aku guna ni..lantaklah..huhu
Lokasi kami main kat Bahau.. ok la, tempat baru... cantik plak tu.

takde orang pun.. best giler.

kat bawah tu la kami start pukul..huhu

antara kawan2 yg sempat meluangkan masa melayan golf
Sejak hari tu lah..kecenderungan aku utk improve golf semakin kuat. tapak tangan ni dah macam kerja kontrak..biasa lah, budak baru belajar..lepas ni lembut balik la tu..hehe.. ok la..nak ke laut, rindu plak nak belayar.