Drama dan Realiti

Dalam kehidupan seharian, kita tak pernah lari dari menghadapi atau melihat masalah. Realitinya, kebanyakkan cerita-cerita yang kira pernah lihat di kaca tv sebenarnya memang benar-benar terjadi. Hari ni je dah 2 kes masalah rumah tangga, sama la macam drama kat tv tu. Walaupun masih berstatus bujang, nasihat dan motivasi perlu gak aku bagi. Part ni yang agak susah, sebab kurang pengalaman tapi itu bukan isu sebab aku ada ramai kawan yang boleh bantu untuk khidmat nasihat.

Bila diperhatikan masalah2 mereka ni rasa nak tergelak tapi itulah realitinya kehidupan. Ada masa gembira dan ada masa berduka. Ada masa berkasih dan ada masa bermuncung. wahaha...

******** ********* *********

ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa..so; ikut suka kau lah!!

have a nice day.................

Kembali ( a short come back)

Dah hampir 3 minggu tak dapat nak update blog disebabkan cuti raya dan masalah liputan yang kurang meluas. Lagi pun kalau kat kampung mana la boleh nak buka laptop ni, alamat bersurai la keyboard ni dikerjakan oleh si kecil yg aktif tu. Habis je cuti terus offshore seminggu. Tak sempat nak beraya rumah sahabat handai kat sini pun. Tunggu la hujung minggu ni kalau dia org ada kuih lagi.

Kalau ada yang terbuka blog ni harap maaflah, saya bukan jenis yang rajin update. Nak balas sms pun ambik masa ini kan pula nak update blog. Dan minta maaf jugalah yang mana ada menjemput datang rumah untuk beraya tu tapi saya tak datang jangan la marah. Bila cuti perayaan besar macam ni, saya banyak buat part time jadi driver. Faham2 je lah..bukan selalu balik. Kiranya kad raya yang saya dah hantar tu boleh la dijadikan pengganti diri...

Insyaallah, panjang umur dan murah rezeki kita berjumpa dan saya akan update blog walaupun jumlah pembacanya sikit. huhu...

cuti

Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin untuk semua. Jumpa lagi lepas habis cuti nanti ye...

Take 5

Hari ni ada orang besaq dari utara datang mai nak berbuka dengan kita. Depa mai siap bawak geng ramai2 plak tu. Ni cek tgh rehat sat... jangan hujan sudah la ptg ni. Boleh bikin hura hara kat cek. Semalam puasa teruji bukan sebab lapaq dan dahaga tapi sebab bertengkaq nak bagi idea. masin2 nak tunjuk hebat..biasa la, semua mau jadi hero. Depa cakap ja senang la, buat la sekali kan..ni dok bagi idea ja..hang ingat semua tu bleh buat magic ka...haha. apa da...

ok, nak sambung kerja... selamat berhujung minggu.

*shopping meriah no time2 ni..ish..ish..ish

Ada aku kisah

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 untuk semua rakyat Malaysia.
Dalam kesibukan berpuasa pasti ada dikalangan kita yang terlupa untuk menghayati kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan ni. Entry kali ni ingin berbicara berkenaan semangat yang ditunjukkan oleh sebilangan rakyat Malasyia termasuklah diri saya sendiri. yeah..yeah..

Kalau saudara dan saudari perasan, isu yang semakin hangat sekarang berkenaan hubungan dengan negara jiran. Diperhatikan, rakyat dari negara sahabat kita ni memang bersungguh-sungguh menghentam negara kita tetapi sebaliknya pula berlaku dinegara kita. Ada aku kisah..huhu. biarkan lah orang yang bertanggungjawab uruskan semua ni. kita nak sibuk buat apa. ok kot ayat ni..

Kalau bukak mana2 forum dalam internet, majoriti kawan2 ni yg akan kuasai ruang tersebut yg selebihnya adalah sokongan dari orang kita,itu pun rasanya rata2 yg tinggal di luar negara. Sebabnya, bila tinggal berjauhan dari negara asal..semangat cintakan negara tu memang kuat tapi bila dah sampai kat negara asal semula..slow dia lenyap.

Berbalik kepada isu tadi, semangat yg ditunjukkan oleh sahabat kita dari jiran bukan hanya setakat di internet, blog, FB dan sebagainya tetapi juga meelalui demonstrasi2 yg keterlaluan sehingga mengancam nyawa rakayat kita di sana. Tengoklah betapa bersungguhnya mereka marah dan sayang kepada negara sendiri bila diusik. Di negara kita, apa yang org kita buat? Buat hal masing2 lah... Bukannya orang kita tak kisah tapi rata2 berfikiran mungkin tidak mahu kecoh2 dan sentiasa mengamalkan mentaliti yang sederhana dengan duduk diam saja.

Ini hanyalah pandangan ikhlas dan bukan fakta sebenar. Mungkin ada yang mengambil tahu secara serius tetapi menggunakan pandangan yang berbeza..mungkin juga.

apa jua pandangan anda...ada aku kisah. :)

Selamat hari kemerdekaan dan selamat membeli belah...